Friday, 10 August 2012

AURAT

dah ramai selebriti bertudung sekarang. alhamdulillah. bagus betul la mereka ni. harap-harap perubahan mereka ini akan terus berkekalan dan dapat menjadi contoh kepada anak-anak muda. amin. soalnya sekarang bertudung tidak bermaksud menutup aurat. islam menyuruh umatnya menutup aurat bukannya bertudung. jangan ingat sekali dah menutup aurat kita tidak berfesyen. kenyataan itu salah sama sekali. 

jika dilihat dunia hari ini ramai gadis-gadis dan maskulin-maskulin yang tak menutup aurat mereka. adakah mereka tidak menahu soal aurat.
apabila bertanya mereka soal aurat mereka tahu segalanya. ilmu sudah terpahat didalam dada cuma mereka tidak mempraktikannya. nak marah sudah terlambat, walaubagaimanapun masih belum terlambat untuk kita berubah kearah positif. saya berpesan kepada diri saya sendiri dan pembaca moga-moga hidup kita diberkati allah swt. amin.

YA ALLAH BERIKANLAH KESEDARAN KEPADA ANAK-ANAK DAN REMAJA ISLAM.

wasssalam

Wednesday, 8 August 2012

REMAJA

apakah yang dimaksudkan dengan remaja ? 
  1. remaja adalah golongan muda
  2. remaja adalah golongan belasan tahun
  3. remaja adalah budak baru nak up
  4. remaja adalah seseorang yang masih di awal akhil baligh
Pelbagai maksud yang boleh dilontarkan untuk menggambarkan remaja. 
pastinya semua orang akan menempuhi kehidupan remaja. sudah tentu pelbagai pengalaman akan ditempuhi. tapi ingatlah wahai remaja zaman ini bukan ZAMAN PERMAINAN zaman inilah zaman yang harus kita betul betul SERIOUS kerana kehidupan kita di zaman dewasa mungkin daripada usaha dan tingkah laku kita pada zaman remaja. selain itu kehidupan kita juga bergantung pada qada' dan qada' allah swt.

jika kita(remaja) diperlukan untuk ke medan perang. jangan lah kita takut kerana tenaga kita amat diperlukan. Berbaktilah pada agama bangsa dan negara.

Wednesday, 8 February 2012

subahanallah

Jika dilihat pada ketika dan saat ini, pelbagai virus yang amat berbahaya telah menyerang manusia sebagai contoh virus yang amat popular dalam kalangan kita ialah virus influenza. Kebanyakkan mikroorganisma ini menyerang kita secara senyap dan tidak menunjukkan tanda-tanda. Tulisan ini bukannya ingin menceritakan apa itu mikroorganisma, tetapi bagaimanakah cara rasulullah menanggani semua ini ?


kekasih agung rasulullah saw merupakan salah seorang pakar dalam bidang mikroorganisma, hal ini dapat dibuktikan cara baginda menaggani masalah ini. Pertama, baginda menyuruh kita kuarantin. Seperti sabda baginda saw
"jika kamu mendengar sesuatu wabak menular di sesebuah tempat, janganlah kamu memasuki kawasan itu. Namun juka wabak tersebut merebak di tempat kamu, janganlah kamu meninggalkan kawan tersebut. " (RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM)


inilah sistem kuarantin yang dianjurkan oleh Muhammad SAW . Sistem ini menegaskan bahawa semua penduduk dilarang memasuki dan meninggalkan kawasan tersebut. Selain itu nabi allah juga telah memberikan jaminan syahid kepada umat yang tidak meninggalkan kawasan tersebut dan celakalah bagi mereka yang meniggalkan kawasan yang dilanda wabak itu.
"sesiapa yang lari dari kawasan wabak, mereka umpama lari dari medan jihad dijalan allah SWT  dan sesiapa yang bersabar dan menetap didalamnya maka dia akan dianugerahkan mati syahid" (RIWAYAT AHMAD)


subahanallah, hebat sungguh penghulu kita itu. 


islam amat menititberatkan soal kebersihan. kita berwudhuk paling kurang 5 kali sehari membuktikkan betapa pentingnya kebersihan dalam islam.
selain itu jika bersin kita perlu ucapkan alhamdulillah, dan kepada yang mendengarnya melafazkan yarhamukallah. setiap kata-kata ialah doa.


rasulullah amat menititberatkan kebersihan di kawasan sekitar rumah. sebagaimana sabda baginda 
"bersihkanlah halaman dan perkarangan rumah kamu daripada kekotoran dan sampah sarap. janganlah kamu menyerupai rumah orang yahudi " (RIWAYAT AT TIRMIZI)

inilah islam. agama yang syumul. islam juga telah mendahului zaman dalam kajian ilmu mikroorganisma.
jika garis panduan dapat kita ikut. insyaallah kita mampu menangkis serangan daripada wabak wabak berbahaya.


:D

Wednesday, 1 February 2012

TERKEJUT BUDAYA ??


Culture shock!
korang sume mesti tau kan apa itu 'culture shock' atau kejutan budaya . bende ni selalu kite kaitkan dgn remaja or tak kesah lah mana-mana manusia pun. TAPI kebanyakkanya pelajar mudah terpengaruh dengan tabiat CS ni. diorang terikut-ikut untuk menjadi salah seorang yang tidak mahu ketinggalan dalam 'Budaya' ini. APa kebende laa budak-budak ni.
CS ni ade beberapa jenis. lets us go through !!
1st CS yang mmg famous.
 Bercinta : boleh dikatakan kebenyakkan orang nak ada teman atau gewe dalam bahasa kelantan. *aku pun teringin mempunyai kekasih hehe * bagi manusia sekarang jika mereka tidak mempunyai teman 'istimewa' mereka akan dilebel sebagai ketinggalan zaman or tak laku la senang cakap. pemikiran ini wujud dalam kamus mereka yang  hatinya sudah membatu kerana lupa akan cinta pencipta mereka.
2nd Cara berpakaian 
Ramai masyarakat di malaysia suka pakai pakaian yang seksi terutamnya mereka dari kaum hawa. Nak berfesyen tak salah. Tapi ada batasnya tau cik kak. Aurat kene la jaga. Tak perlu kau nak dedah kan betis kau yang berbulu tu hahaha.. simpan la awak punya aurat tu untuk husband awak. Manusia  ni kalau puji sikit diorang cantik mula lah buat hal macam-macam. *termasuk diri aku jugak*
3rd seks bebas
haaa... yang ni memang teruk. hal ni kat mana-mana je manusia on. dalam semak la, hotel murah la, hotel mahal la ish ish.. Tak malu langsung!! selalunya remaja yang tak diberikan ilmu agama yang secukupnya akan terjebak dalam kancah maksiat ni. masyarakat perempuan mudahnya percaya kat laki. Yang si laki pulak dah tau gatal tak nak kahwin huhu..
4th rempit
mat rempit weng sana weng sini.. pecut sana pecut sini.. dasyat.. dirang ni tak takut ke bawak moto laju laju. haih memang la best bawak moto laju laju. tapi kalau dah kedegangggg!!! lanyak kau bro. huhu. if mat rempit yang lanyak takpe. jangan anak anak orang yang lanyak sudah laa.. AWAS ingat orang yang tersayang. 
5th gay/lesbian
oiiiii... mintak2 aku dijauhkan daripada bende2 camni. takut oiii.. geli gelemang. dah dah tak nak la cite pasal ni. geli oiiiiiii hahahaha...
ni je yang saya mampu share. sape2 yang terbaca tu harap2 ambil iktibar. moga2 kite tak tergolong dalam golongan CS.
"Allah tidak akan mengubah nasib seseorang jika dia tidak mengubah nasibnya sendiri"

Monday, 19 December 2011

BORING !!!

yowwwwwww whATS UP hahaha teruk betul. kalau ye pun mula la dengan salam dulu. kita hidup ada adab taw. 'assalamualaikum' :)
emm hari berlalu tanpa kusedari *cewah bermadah pujangga pulak. tak aku sangka la sekarang dah bulan 12. cepat betul masa berjalan. umor dah nak masuk 20. wawawawawa makin tua la jawabnya haha~

emm bila cita pasal tua ni kan, perangai tu biarla matang ye. kalau umor dah 20 perangai still 12 hummm camne nak kahwin kalau perangai camtu. nak buat susu untuk anak pun tak lepas la jawabnya haha..


sebut pasal kahwin ni kan, dah tak lama lagi turn aku la pulak haha *gatal nohh. emm sape yang tak nak kahwin, semua orang nak kahwin. sunnah rasullullah saw tu.. perempuan diciptakan untuk lelaki. tapi dunia sekarang haih sesama sejenis tau tak. subahanallah. apa nak jadi la sekarang ni kan ??


kalau ikut kan aku mmg dah layak berkahwin tapi calon tak de laa haha.. emm mungkin aku ni memilih kot *mesti la kene pilih untuk future tuu hehe.. kalau ikut mata kasar memang banyak yang jadi pilihan. of corse nak yang sweet je. haha tapi ingat ciptaan allah itu cantik2 dan indah2 semuanya. 


ciri2. *ceh macam nak promote la pulak
1st mesti lah kene agama yang baik. mana tak nya if you punya agama tak strong i pun kene heret dalam mahkamah agong nnt taw !


2nd aku ingin kan wanita yang bijak pandai. bukan pandai main helah tapi pandai dan kreatif. alaaa susah nak explain. faham2 sendiri je la haha. 


3rd aku suka wanita kemas. jaga penampilan. mmg orang kata dont jugde a book by its cover but itu untuk pilih buku aku nak pilih isteeri hahax.. kemas sedap mata memandang, so takde la aku nak cari isteri lain hehe *gurau je. 


4th *banyak betul aku nih. kalau boleh wanita itu romantik. waaaaa so sweetttttt hehe <3  memang betul lelaki sepatutnya romantik. tapi kalau wanita pun romantik juga fuhhh *spechless


hmm yang lain2 banyak lagi. tapi ini yang utama laa. aku berharap satu hari nanti akan ada wanita seperti ini untuk ku insyaallah. aku akn berusaha untuk mencari wanita ini. wait for me sayang. i will come for you love :)



Wednesday, 30 November 2011

THANKS MAMA

Mama, ma, umi, mak, ibu or ape ape pun adalah panggilan untuk wanita terhebat di dunia. Mereka adalah ibu yang telah melahirkan dan membesarkan kite. Bayangkan ma sanggup berkorban nyawa untuk lahirkan kita untuk pengetahuan kita semua Sakit selepas mati ialah sakit beranak. Bayangkan bagaimana insan yang bergelar mama ini mampu menahan kesakitan itu. selepas selamat melahirkan kite ma pulak menyusukan kite dgn susu badan. Bayangkan kalau ibu kite kedekut susu badan die. Hmmmm.. entah ape jadi la kat kita ni kan.


Itu lah serba sedikit cerita pengorbanan ibu. Now i want to story about my great my love my everything mom. 
*belum tulis lagi dah rase sebak* -,-
mak aku di besarkan di kelantan. die membesar dalam suasana kampung. ma khawin dgn abah pada tahun 89 kalau tak silap haha... abah seorang cikgu asal kelantan jugak. percintaan diorang ni romantik jugak hehe.. tapi tak nak la cite tu..
ma khawin dgn abah tak sampai pun 10 tahun sebab allah telah mengambil abah dari kami semua. Time tu aku tgk wajah ma sedih sgt2.. die menangis tak henti2. Mungkin terfikir kan nasib kami selepas ini kot. Maklum la adik baru umur berapa bulan. Dulu mak tak perlu bekerja, skg ma terpaksa buat keje kampung seperti menoreh, buat padi. Aku tolong jugak ma sebab tak sanggup tgk ma penat sorang2. Tenaga aku time tu banyak mana jee.. aku just tolong mana yang aku mampu. Walaupun hidup kami ssh kami tetap bahagia. 


Pelbagai ujian datang uji ma selepas abah pegi. Aku tgk ma derita sampai kan satu ketika ma tak mengaku kami anaknya. Ini kesan daripada sihir manusia yang dengki pada ma. Im not sure berapa lama bende ni jadi kat ma. Ma did everything nak tgk kami adik bradik bahagia. Dauie dah banyak berkorban demi kami semua. Walaupun aku tak penah rase kemewahan macam kwn2 yg lain tapi aku faham keadaan ma time tu. Masa darjah 4 ma dapat keje di KL. Kami semua pindah ke KL. 
*aku budak kampung masuk kl tuuu* haha 
masa di kl aku bergaul dgn budak2 liar. sampai kan perangai aku pun jadi teruk. One day tu ma tahu ape yg penah aku buat and die menangis kesedihan. Aku tgk wajah kecewa die sampai kan aku pun menangis. Ma penah ckp camni ' salah ke didikan aku '. aku tak rase pun didikan ma tu salah. Tapi aku yg salah.

Kami sekeluarga membesar di kuala lumpur. kini umur aku sudah 19 tahun (2011). Aku tgk muka sentiasa ceria tapi di dalam hatinya hanya allah s.w.t saja yg tawu. Bagi aku ma berjaya mendidik kami, tgk lah dari segi akhlak adik beradik aku,
 *aku rasa aku yang paling teruk *
pelajaran kami *ehem ehem setakat ni aku dgn abg aku duk um* hehe.. anyway aku still rase jase aku tak terbalas. Dia terlalu bnyk berkorban utk kami. 

I love you ma :)
i heart you ma :D
i like you ma >.<

cukup la sampai sini aku cite. ni pun tak tahan rasa sebak. *aku ni muka je ganas huhu..*
tak boleh nak cite lebih2, ni pun dah terabur aku punya ayat. 
TATA~ and take care :)

Monday, 28 November 2011

ADLIN AMAN RAMLI

Mesti sume kenal adlin kan ? pelakon, pengacara, pengkritik yg agak pedas mulut die. Korang mesti igt aku minat die ni kan ??? actually tak minat pun haha~. penah dgr pelanduk dua serupa kan ?? korang tak penah dgr pelanduk bermacam rupa kan ??? * aku la tuu * orang kata kita ade 7 muka serupa kat dunia ni. tapi aku dah lebih dari tujuh yg orang duk cakap. salah satunya adlin aman ramli. mana2 aku pegi mesti ayat yg aku dgr, " muka ko sama dgn adlin lah " boring jugak aku dgr. * dalam hati nak je orang cakap muka ko sama macam aron aziz ke, awal ke. hahax~ *
         Muka aku ni mmg muka fotostate kot hehe~ ade lah satu cerita                         ni. Time tu aku kat matrik, aku kat bilik member aku datang and tiba-tiba die cakap " eh cepat gila ko jogging " mmg berkerut la dahi aku time tu. Die cakap die nampak aku jog. Padahal time tu aku kat bilik main game. Dalam hati aku time tuuu wa cakap luu dup dap kencang beb, mana la tau aku ni ade saka keturunan ke haha~ >.<


sedang kitorang berborak tiba makhluk tadi tu lalu, kawan aku tergelak gila2 punya gelak rupanya die salah orang and muka aku dgn makhluk tu sama. akhirnya terjawab jugak soalan kami. huhu mmg terbaik !!!


Sejak time tu aku mula perhatikan samada betul ke muka kite ni ade 7 di dunia. Ternyata statement tu auta sebenarnya. Kwn2 yg kat tempat lain pun ade yg cakap muka aku sama dgn kwn die kat sana. so the conclusion of this story ape eh ???? haha
tajuk aku tulis adlin sebab ramai manusia ckp muka aku sama dgn die.. 
hmm nnt aku nak gi jumpa adlin lah. nak tgk betul2 haha
tata~~~ take care :)