Friday, 10 August 2012

AURAT

dah ramai selebriti bertudung sekarang. alhamdulillah. bagus betul la mereka ni. harap-harap perubahan mereka ini akan terus berkekalan dan dapat menjadi contoh kepada anak-anak muda. amin. soalnya sekarang bertudung tidak bermaksud menutup aurat. islam menyuruh umatnya menutup aurat bukannya bertudung. jangan ingat sekali dah menutup aurat kita tidak berfesyen. kenyataan itu salah sama sekali. 

jika dilihat dunia hari ini ramai gadis-gadis dan maskulin-maskulin yang tak menutup aurat mereka. adakah mereka tidak menahu soal aurat.
apabila bertanya mereka soal aurat mereka tahu segalanya. ilmu sudah terpahat didalam dada cuma mereka tidak mempraktikannya. nak marah sudah terlambat, walaubagaimanapun masih belum terlambat untuk kita berubah kearah positif. saya berpesan kepada diri saya sendiri dan pembaca moga-moga hidup kita diberkati allah swt. amin.

YA ALLAH BERIKANLAH KESEDARAN KEPADA ANAK-ANAK DAN REMAJA ISLAM.

wasssalam

Wednesday, 8 August 2012

REMAJA

apakah yang dimaksudkan dengan remaja ? 
  1. remaja adalah golongan muda
  2. remaja adalah golongan belasan tahun
  3. remaja adalah budak baru nak up
  4. remaja adalah seseorang yang masih di awal akhil baligh
Pelbagai maksud yang boleh dilontarkan untuk menggambarkan remaja. 
pastinya semua orang akan menempuhi kehidupan remaja. sudah tentu pelbagai pengalaman akan ditempuhi. tapi ingatlah wahai remaja zaman ini bukan ZAMAN PERMAINAN zaman inilah zaman yang harus kita betul betul SERIOUS kerana kehidupan kita di zaman dewasa mungkin daripada usaha dan tingkah laku kita pada zaman remaja. selain itu kehidupan kita juga bergantung pada qada' dan qada' allah swt.

jika kita(remaja) diperlukan untuk ke medan perang. jangan lah kita takut kerana tenaga kita amat diperlukan. Berbaktilah pada agama bangsa dan negara.

Wednesday, 8 February 2012

subahanallah

Jika dilihat pada ketika dan saat ini, pelbagai virus yang amat berbahaya telah menyerang manusia sebagai contoh virus yang amat popular dalam kalangan kita ialah virus influenza. Kebanyakkan mikroorganisma ini menyerang kita secara senyap dan tidak menunjukkan tanda-tanda. Tulisan ini bukannya ingin menceritakan apa itu mikroorganisma, tetapi bagaimanakah cara rasulullah menanggani semua ini ?


kekasih agung rasulullah saw merupakan salah seorang pakar dalam bidang mikroorganisma, hal ini dapat dibuktikan cara baginda menaggani masalah ini. Pertama, baginda menyuruh kita kuarantin. Seperti sabda baginda saw
"jika kamu mendengar sesuatu wabak menular di sesebuah tempat, janganlah kamu memasuki kawasan itu. Namun juka wabak tersebut merebak di tempat kamu, janganlah kamu meninggalkan kawan tersebut. " (RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM)


inilah sistem kuarantin yang dianjurkan oleh Muhammad SAW . Sistem ini menegaskan bahawa semua penduduk dilarang memasuki dan meninggalkan kawasan tersebut. Selain itu nabi allah juga telah memberikan jaminan syahid kepada umat yang tidak meninggalkan kawasan tersebut dan celakalah bagi mereka yang meniggalkan kawasan yang dilanda wabak itu.
"sesiapa yang lari dari kawasan wabak, mereka umpama lari dari medan jihad dijalan allah SWT  dan sesiapa yang bersabar dan menetap didalamnya maka dia akan dianugerahkan mati syahid" (RIWAYAT AHMAD)


subahanallah, hebat sungguh penghulu kita itu. 


islam amat menititberatkan soal kebersihan. kita berwudhuk paling kurang 5 kali sehari membuktikkan betapa pentingnya kebersihan dalam islam.
selain itu jika bersin kita perlu ucapkan alhamdulillah, dan kepada yang mendengarnya melafazkan yarhamukallah. setiap kata-kata ialah doa.


rasulullah amat menititberatkan kebersihan di kawasan sekitar rumah. sebagaimana sabda baginda 
"bersihkanlah halaman dan perkarangan rumah kamu daripada kekotoran dan sampah sarap. janganlah kamu menyerupai rumah orang yahudi " (RIWAYAT AT TIRMIZI)

inilah islam. agama yang syumul. islam juga telah mendahului zaman dalam kajian ilmu mikroorganisma.
jika garis panduan dapat kita ikut. insyaallah kita mampu menangkis serangan daripada wabak wabak berbahaya.


:D

Wednesday, 1 February 2012

TERKEJUT BUDAYA ??


Culture shock!
korang sume mesti tau kan apa itu 'culture shock' atau kejutan budaya . bende ni selalu kite kaitkan dgn remaja or tak kesah lah mana-mana manusia pun. TAPI kebanyakkanya pelajar mudah terpengaruh dengan tabiat CS ni. diorang terikut-ikut untuk menjadi salah seorang yang tidak mahu ketinggalan dalam 'Budaya' ini. APa kebende laa budak-budak ni.
CS ni ade beberapa jenis. lets us go through !!
1st CS yang mmg famous.
 Bercinta : boleh dikatakan kebenyakkan orang nak ada teman atau gewe dalam bahasa kelantan. *aku pun teringin mempunyai kekasih hehe * bagi manusia sekarang jika mereka tidak mempunyai teman 'istimewa' mereka akan dilebel sebagai ketinggalan zaman or tak laku la senang cakap. pemikiran ini wujud dalam kamus mereka yang  hatinya sudah membatu kerana lupa akan cinta pencipta mereka.
2nd Cara berpakaian 
Ramai masyarakat di malaysia suka pakai pakaian yang seksi terutamnya mereka dari kaum hawa. Nak berfesyen tak salah. Tapi ada batasnya tau cik kak. Aurat kene la jaga. Tak perlu kau nak dedah kan betis kau yang berbulu tu hahaha.. simpan la awak punya aurat tu untuk husband awak. Manusia  ni kalau puji sikit diorang cantik mula lah buat hal macam-macam. *termasuk diri aku jugak*
3rd seks bebas
haaa... yang ni memang teruk. hal ni kat mana-mana je manusia on. dalam semak la, hotel murah la, hotel mahal la ish ish.. Tak malu langsung!! selalunya remaja yang tak diberikan ilmu agama yang secukupnya akan terjebak dalam kancah maksiat ni. masyarakat perempuan mudahnya percaya kat laki. Yang si laki pulak dah tau gatal tak nak kahwin huhu..
4th rempit
mat rempit weng sana weng sini.. pecut sana pecut sini.. dasyat.. dirang ni tak takut ke bawak moto laju laju. haih memang la best bawak moto laju laju. tapi kalau dah kedegangggg!!! lanyak kau bro. huhu. if mat rempit yang lanyak takpe. jangan anak anak orang yang lanyak sudah laa.. AWAS ingat orang yang tersayang. 
5th gay/lesbian
oiiiii... mintak2 aku dijauhkan daripada bende2 camni. takut oiii.. geli gelemang. dah dah tak nak la cite pasal ni. geli oiiiiiii hahahaha...
ni je yang saya mampu share. sape2 yang terbaca tu harap2 ambil iktibar. moga2 kite tak tergolong dalam golongan CS.
"Allah tidak akan mengubah nasib seseorang jika dia tidak mengubah nasibnya sendiri"