Friday, 10 August 2012

AURAT

dah ramai selebriti bertudung sekarang. alhamdulillah. bagus betul la mereka ni. harap-harap perubahan mereka ini akan terus berkekalan dan dapat menjadi contoh kepada anak-anak muda. amin. soalnya sekarang bertudung tidak bermaksud menutup aurat. islam menyuruh umatnya menutup aurat bukannya bertudung. jangan ingat sekali dah menutup aurat kita tidak berfesyen. kenyataan itu salah sama sekali. 

jika dilihat dunia hari ini ramai gadis-gadis dan maskulin-maskulin yang tak menutup aurat mereka. adakah mereka tidak menahu soal aurat.
apabila bertanya mereka soal aurat mereka tahu segalanya. ilmu sudah terpahat didalam dada cuma mereka tidak mempraktikannya. nak marah sudah terlambat, walaubagaimanapun masih belum terlambat untuk kita berubah kearah positif. saya berpesan kepada diri saya sendiri dan pembaca moga-moga hidup kita diberkati allah swt. amin.

YA ALLAH BERIKANLAH KESEDARAN KEPADA ANAK-ANAK DAN REMAJA ISLAM.

wasssalam

Wednesday, 8 August 2012

REMAJA

apakah yang dimaksudkan dengan remaja ? 
  1. remaja adalah golongan muda
  2. remaja adalah golongan belasan tahun
  3. remaja adalah budak baru nak up
  4. remaja adalah seseorang yang masih di awal akhil baligh
Pelbagai maksud yang boleh dilontarkan untuk menggambarkan remaja. 
pastinya semua orang akan menempuhi kehidupan remaja. sudah tentu pelbagai pengalaman akan ditempuhi. tapi ingatlah wahai remaja zaman ini bukan ZAMAN PERMAINAN zaman inilah zaman yang harus kita betul betul SERIOUS kerana kehidupan kita di zaman dewasa mungkin daripada usaha dan tingkah laku kita pada zaman remaja. selain itu kehidupan kita juga bergantung pada qada' dan qada' allah swt.

jika kita(remaja) diperlukan untuk ke medan perang. jangan lah kita takut kerana tenaga kita amat diperlukan. Berbaktilah pada agama bangsa dan negara.