Jika dilihat pada ketika dan saat ini, pelbagai virus yang amat berbahaya telah menyerang manusia sebagai contoh virus yang amat popular dalam kalangan kita ialah virus influenza. Kebanyakkan mikroorganisma ini menyerang kita secara senyap dan tidak menunjukkan tanda-tanda. Tulisan ini bukannya ingin menceritakan apa itu mikroorganisma, tetapi bagaimanakah cara rasulullah menanggani semua ini ?
kekasih agung rasulullah saw merupakan salah seorang pakar dalam bidang mikroorganisma, hal ini dapat dibuktikan cara baginda menaggani masalah ini. Pertama, baginda menyuruh kita kuarantin. Seperti sabda baginda saw
"jika kamu mendengar sesuatu wabak menular di sesebuah tempat, janganlah kamu memasuki kawasan itu. Namun juka wabak tersebut merebak di tempat kamu, janganlah kamu meninggalkan kawan tersebut. " (RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM)
inilah sistem kuarantin yang dianjurkan oleh Muhammad SAW . Sistem ini menegaskan bahawa semua penduduk dilarang memasuki dan meninggalkan kawasan tersebut. Selain itu nabi allah juga telah memberikan jaminan syahid kepada umat yang tidak meninggalkan kawasan tersebut dan celakalah bagi mereka yang meniggalkan kawasan yang dilanda wabak itu.
"sesiapa yang lari dari kawasan wabak, mereka umpama lari dari medan jihad dijalan allah SWT dan sesiapa yang bersabar dan menetap didalamnya maka dia akan dianugerahkan mati syahid" (RIWAYAT AHMAD)
subahanallah, hebat sungguh penghulu kita itu.
islam amat menititberatkan soal kebersihan. kita berwudhuk paling kurang 5 kali sehari membuktikkan betapa pentingnya kebersihan dalam islam.
selain itu jika bersin kita perlu ucapkan alhamdulillah, dan kepada yang mendengarnya melafazkan yarhamukallah. setiap kata-kata ialah doa.
rasulullah amat menititberatkan kebersihan di kawasan sekitar rumah. sebagaimana sabda baginda
"bersihkanlah halaman dan perkarangan rumah kamu daripada kekotoran dan sampah sarap. janganlah kamu menyerupai rumah orang yahudi " (RIWAYAT AT TIRMIZI)
inilah islam. agama yang syumul. islam juga telah mendahului zaman dalam kajian ilmu mikroorganisma.
jika garis panduan dapat kita ikut. insyaallah kita mampu menangkis serangan daripada wabak wabak berbahaya.
:D
No comments:
Post a Comment